|
 | Category: | Movies | | Genre: | Drama |
First of all, dah 3 kali aku tengok drama bersiri Nur Kasih kat tv. Ia terkesan di hati. Sangat.
Tapi untuk movie ini...maaf. Tiada terkesan di sanubari.
Endingnya, aku jadi confuse. Kenapa Bonda Afida Es yang jadi Nur di usia 70an seperti tidak mengenali anak2 saudaranya. Hilang ingatankah Nur? Nur ketika tuanya seperti tidak bahagia (mcm frust giler setelah kematian adam) sedangkan Adam tu bukanlah mati muda. Contoh jiwa orang tua yg bahagia adalah seperti ibu aidil dan adam. Walaupun kematian suaminya, she looks redha and strong. Bukan seperti Nur yang tua itu. (Nur muda masa dalam drama bersiri tu agak tabah kerana lepas kematian ayah mertuanya, dia bacakan ayat suci al-Quran untuk arwah)
Antara lain yang aku nak komen adalah....(ini pendapat aku yer)... apa ke jadahnya melancong ke jordan, apa Malaysia ni tak cukup tempat menarik ke nak cari kedamaian dan honeymoon??? hehehehe. Takperlah. pengarah yang suruh.
Yang bagusnya citer ni ialah, tiada HANTU di dalamnya.
Sekian, terima kasih. 
|
|